Ramai yang baharu disahkan hamil mengalami rasa mual yang teruk. Puas mencuba pelbagai petua untuk menghilangkan rasa loya tersebut. Namun satu pun tidak berhasil. Penurunan berat badan tidak mustahil akan berlaku di awal kehamilan gara-gara mual dan loya menyebabkan anda tidak lalu makan.
Kebimbangan ibu terhadap keselamatan janin yang dikandung memaksa ibu ‘menyumbat’ makanan ke dalam perut. Malangnya ibu tetap juga mengeluarkan kembali apa yang dimakan. Jadi, bagaimana janin yang sedang membesar boleh memperoleh khasiat?
Ibu lebih memikirkan keperluan nutrisi janin yang dikandung berbanding dirinya. Sebenarnya ibu tidak perlu bimbang kerana menurut doktor, janin yang berada dalam rahim ibu yang mengalami alahan teruk di awal kehamilan masih mendapat khasiat makanan yang diperlukan untuk tumbesarannya walaupun ibunya langsung tidak boleh menjamah makanan kerana muntah!
Namun demikian ibu boleh mencari apa makanan yang apabila dimakan dan tidak menyebabkan dia muntah. Maka sepanjang musim ‘mabuk mengandung’, ibu makanlah makanan tersebut. Antara yang boleh dicuba iaitu buah mangga yang masam manis.
Buah mangga yang kuning ranum lemak masam manis pasti boleh menghilangkan rasa loya dan mual di tekak si ibu hamil. Apatah lagi buah mangga mengandungi banyak vitamin A, karoten, folate, zat besi dan vitamin C yang baik untuk perkembangan janin.
Melihat kupasan mangga yang berwarna kuning dengan rasa yang manis sedikit masam, rasanya ibu hamil tidak akan menolak buah yang satu ini. Ibu boleh pelbagaikan hidangan mangga sama ada dimakan begitu sahaja, dibuat salad buah, minuman smoothie atau jus yang menyegarkan bahkan boleh dimakan bersama yogurt atau ais krim.
Pastikan anda memasukkan buah mangga dalam senarai belian barang dapur anda ya!
No comments:
Post a Comment
Any comment?