Wednesday 6 May 2015

Tak nak la Mengandung lagi... saya nak enjoy dulu!

Tahukah anda bahawa sengaja melengahkan usaha utk hamil boleh membawa beberapa masalah jangka panjang?

 Diantaranya:

1. Kesuburan kaum wanita menurun dgn usia. Kadar kesuburan adalah tertinggi pada awal 20 an hingga pertengahan 20 an, selepas itu kadar kesuburan mula menurun.
2. Pasangan yg lewat menjalani pemeriksaan sebab gagal utk hamil boleh terlepas peluang utk mengesan sebab2 kegagalan utk hamil dan ada di antaranya penyakit2 endokrin dan penyakit kronik yg merbahaya.

3. Wanita-wanita yg kurang subur lebih tinggi risiko mengalami masalah kesihatan seperti haid yg tidak teratur, sindrom polisistik ovari, pra kanser dan kanser rahim serta lain2.
4. Kehamilan pada usia yg lebih muda iaitu awal 20 an lebih kurang risiko berbanding dgn kehamilan pd usia terlalu muda (belasan tahun) dan usia lewat terutama selepas 35 tahun. Pd usia yg muda, kekuatan fizikal lebih tinggi dan kadar komplikasi kehamilan dan kelahiran lebih rendah.


5. Kejayaan rawatan kesuburan adalah lebih rendah jika usia pasangan wanita lebih lanjut berbanding dgn usia lebih muda.
6. Kehamilan pd usia yg lebih lanjut bukan sahaja mempunyai kadar komplikasi yg lebih tinggi pd ibu tetapi juga kepada bayi yg dilahirkan termasuk kecacatan bayi terutamanya sindrom down.

No comments:

Post a Comment

Any comment?