Monday 16 November 2015

6 Jenis Vitamin Wajib Ibu Mengandung



Ada 6 jenis vitamin wajib yang ibu kena ambil tahu.

#1 : Vitamin B12

Biasanya didapati dalam daging, ikan, telur, susu. Ia penting untuk pembentukan sel darah merah dan pembentukan sistem saraf.

Perlu ye pembentukan sel darah untuk kebaikan bayi yang dikandung.


#2 : Folik Asid

Ini penting tau. Untuk elakkan kecacatan spina bifida atau masalah kecacatan bahagian saraf tunjang bayi.

Ibu perlukan sebanyak 400mcg sehari.

Bila perlu ambil? Dari mula mahu hamil hinggalah 3 bulan pertama awal kehamilan, ini wajib!

#3 : Vitamin C

Vitamin C bantu menyerap zat besi yang diambil oleh ibu. Ia sangat diperlukan untuk perkembangan bayi anda seperti tulang, kulit dan juga sistem imun.

Semasa hamil sekurangnya sebanyak 85mg sehari perlu diambil.

#4 : Vitamin D

Vitamin D membantu untuk kesihatan tulang ibu dan gigi yang sihat. Juga untuk perkembangan tulang bayi juga. Vitamin D membantu penyerapan kalsium dengan lebih sempurna.

#5 : Kalsium

Kalsium adalah untuk kesihatan tulang dan gigi bayi dan juga kesihatan perkembangan jantung, otot dan saraf bayi.

Ia diperlukan oleh bayi untuk pembentukan degupan jantung yang normal. Jika ibu tak cukup pengambilan kalsium, bayi anda akan ambil dari simpanana kalsium ibu dan ini akan menyebabkan risiko ibu terkena osteoporosis (kereputan tulang) di kemudian hari.

Ibu perlukan sekurangnya 1000mg setiap hari semasa hamil.

#6 : Zat Besi

Zat besi sangat diperlukan untuk membawa oksigen ke seluruh bahagian badan dan juga melalui plasenta kepada bayi.

Ibu hamil perlukan 27mg zat besi sehari. Jangan skip tau sebab kalau tak cukup zat besi ni boleh sebabkan masalah hb rendah pada ibu.

Masalah hb rendah boleh mengundang risiko pada bayi seperti kelahiran tidak cukup bulan atau pun kelahiran dengan berat badan yang tidak memuaskan. Paling menyedihkan apabila hb rendah, darah tidak dapat membawa oksigen yang secukupnya pada bayi dan boleh membawa kepada kecacatan otak dan maut.







Jom sihat dengan Shaklee!

Jangan risau, anda boleh order SET MENGANDUNG ini dari Shaklee sekarang juga! Hanya klik di sini ;;;>  SET MENGANDUNG


Fiza 012-5299013 Shaklee Jitra

No comments:

Post a Comment

Any comment?