Wednesday, 11 February 2015

Meegetti simple

Hari ni tak rasa nak makan nasi. Jadi..selongkar peti ais.. lauk takda, sayur takda. Hmm.. apa nak buat?

Selongkar laci.. ada spageti. So.. boleh la goreng kan. Resepi ni main campak-campak. Tak sempat la nk cari bahan yang mantap. Sementara baby tido, boleh la rebus spageti ya.

Bahan-bahan

Secekak spageti yang dipatah dua (supaya muat masuk periuk untuk direbus) Spageti direbus dengan sedikit garam.
Segenggam Udang kering
1 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
1/4 labu bawang besar (saya guna bawang holland)
Minyak untuk menumis
Gula garam secukup rasa

Cara-cara
Sediakan spageti
Tumbuk udang kering bersama cili kering

1. Panaskan minyak
2. Tumis kedua-dua bawang sampai bau wangi
3. Masukkan udang kering dan cili tadi.
4. Masukkan pula spageti
5. Masukkan sayur kegemaran anak-anak
6. Perisakan dengan gula dan garam
7. Boleh juga taburkan grated cheese..
8. Siap!

No comments:

Post a Comment

Any comment?