Sunday, 16 August 2015

Ayam Bakar Lada Hitam Noxxa

Bahan-bahan
  • 2 bahagian paha ayam (paha + pinggul) cuci dan tos
  • 2 sudu besar sos lada hitam
  • 2 biji cili padi - cincang halus
  • 2 ulas bawang putih - cincang halus
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar mayonis
  • 1 biji perahan limau nipis
  • sedikit oregano
  • sedikit garam
Cara-cara
  1. Perap semua bahan dengan ayam selama 5-7 jam di dalam peti ais
  2. Masukkan ayam ke dalam periuk noxxa dan tuang lebihan perapan.
  3. Tutup periuk, halakan tombol pressure.
  4. Set butang high pressure selama 8 minit.
  5. Setelah masak, bebaskan tekanan dengan menghalakan  tombol kepada steam
  6. Buka tudung dan tekan stir fry dan ON.
  7. Masak sehingga kuah perapan tadi kering dan menyaluti ayam
  8. OFF dan sedia untuk dihidang

RESEPI : Riz Mohd
Gambar : Azie Kitchen


No comments:

Post a Comment

Any comment?