Mahal kan nak beli cat yang tak bahaya bila letak kat kulit terutamanya kulit muka.. Haa.. apa kata kita buat sendiri untuk anak-anak..
Bahan-bahan pun senang nak cari, yang penting, selamat untuk digunakan ya!
Anda perlukan :
- Tepung jagung
- Losyen muka atau losyen baby
- 1/4 sudu kecil minyak sayuran (minyak masak pun boleh je)
- Pewarna masakan
- Bekas kecil
- Mangkuk
Cara-cara :
- Campurkan losyen dan tepung jagung dengan sukatan yang sama. Jika tepung 2 sudu, losyen juga perlu 2 sudu. Gaul sebati. Tambahkan minyak sayuran supaya cat tadi tidak mudah kering. Gaul rat sehingga tidak berketul
- Kemudian, masukkan sedikit pewarna masakan ke dalam bekas asing dan campurkan adunan tadi (1 sudu besar). Pastikan pewarna masakan atau apa-apa pewarna tu boleh di basuh ya... hehe. takut nangis nanti bila dah conteng di muka, tak keluar pulak!
- Ulangi langkah 1 dan 2 tadi untuk warna-warna lain pula. Untuk kesan lebih hebat, boleh tambah glitter.. hhehe.. ok, have fun!
No comments:
Post a Comment
Any comment?